Kepada dirimu...,
Ku akui amat sukar bagi hati ini meninggalkan kau.. Namun ku tetap akan cuba untuk menjauhi kau dari perasaan ku sedaya upayaku.....
Kadangkala bila bersendirian, kau selalu datang menganggu fikiranku... Mengapa begitu susah untuk melupakan kau????... Mengapa begitu mudah bagi kau untuk membuang aku dari hidup kau sedangkan aku sukar untuk berbuat sebegitu??... Begitu banyak perkara buruk yang aku cuba fikirkan tentang diri kau supaya mudah untuk aku membuang engkau dari hidupku..... Tapi semuanya sia-sia sahaja.....
Aku benci pada diriku sendiri kerana gagal untuk membenci diri kau....
Kenapa kau perlu hadir dalam hidupku sebelom ini dan semaikan rasa sayang dalam hati ini??...
Aku tidak sepatutnya mengenali kau dari mulanya supaya mudah untuk aku lepaskan kau dari hidupku...
Begitu banyak senyumanku yang telah tercipta semasa aku bersama kau...
Kini, semua senyuman yang tercipta dari bibirku hanya lah sekadar menutupi rasa luka yang ada dalam hati ini...
Bila bersamamu, aku merasa gembira yang tidak terkira.. Dalam fikiran ku cuma ada kamu....Tapi kini semuanya hanya tinggal kenangan...
Tiada lagi pesanan ringkas dari mu... Malah tiada lagi senyuman terlakar di wajah ku apabila aku tersedar dari tidur....
Masih ingat kah engkau semasa engkau menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepada ku??... Pada saat itu, aku gembira sangat kerana kau lah orang pertama itu...
Bagi aku, kau lah hadiah yang paling berharga berbanding hadiah ku yang lain....
Namun semua itu kini hanya tinggalan semata-mata... Aku sering memikirkan diri kau sama ada kau pun turut memikirkan diri ku atau tidak.... Semua itu misteri bagiku.....
Sampai sekarang aku masih mengharap pada kau tapi aku tidak pasti kesudahannya....
Sekian sahaja coretanku untuk kau yang aku rindui... Selamat berbahagialah engkau hendaknya disana...
Sekiranya kau membaca coretan ini, mengertilah bahawa sayang itu tidak pernah hilang walaupun aku berada jauh dari kau untuk selamanya...
Daripada,
Orang yang kau kenal...
comment: sedih je dengar bunyi coretan nie......... huhuhuu.... :'(
dah lah ujan kat luar nie... memang layan perasaan lah jawabnyer... huhuu